Cara Untuk Melupakan Kekasih Lama
Bukan
mudah untuk kita melupakan kekasih lama. Kekasih yang telah kita kenal
sejak sekian lama, tiba-tiba pergi begitu sahaja. Perhubungan yang
dibina selama ini, putus seperti tidak ada apa yang pernah berlaku.
Walaupun hidup mesti diteruskan, tetapi hati dan fikiran masih tetap
teringat pada si dia. Orang yang pernah kita sayang, orang yang pernah
kita gaduh, orang yang pernah kita mengusik dan bermanja. Bukan mudah
untuk melupakan semuanya, kan?
Tetapi jika anda betul-betul ingin melupakan si dia, di sini saya kongsikan 12 cara bagaimana untuk melupakan kekasih lama.
1. Senaraikan perkara-perkara yang anda ingin lakukan selama ini yang anda tidak pernah lakukan:
Selama anda berkenalan dengan kekasih lama, anda mempunyai banyak
perkara yang ingin anda lakukan. Tetapi disebabkan kekangan masa dan
komitmen dalam perhubungan membuatkan anda tidak berkesempatan untuk
melakukannya. Dengan menyenaraikan perkara-perkara yang anda ingin
lakukan ini akan membuatkan anda dapat melihat betapa banyaknya perkara
lain yang boleh anda lakukan selain mengingati kekasih lama yang tidak
lagi bersama anda.2. Ceriakan diri anda: Memang sukar untuk melalui hari-hari tanpa si dia di sisi. Diri terasa sepi, sunyi tanpa teman. Tetapi hidup mesti diteruskan. Walaupun pelbagai dugaan yang dilalui, anda perlu kuat untuk meneruskan kehidupan anda. Mulakan sesuatu yang baru. Sekurang-kurangnya anda akan rasa gembira kerana mempunyai pengalaman baru.
3. Jumpa dengan kawan-kawan lama: Atau berjumpa dengan kawan-kawan baru anda. Salah satu cara untuk anda berkenalan dengan kawan baru adalah dengan menyertai persatuan atau kelab yang sama minat dengan anda. Mungkin anda minat pada kucing. Jadi apa kata anda cari fanpage peminat-peminat kucing di Facebook seperti Dunia Kucing contohnya, dan berkenalanlah dengan peminat-peminat kucing yang lain.
Label: motivasi


0 Komentar:
Posting Komentar
Berlangganan Posting Komentar [Atom]
<< Beranda